Showing posts with label stesma. Show all posts
Showing posts with label stesma. Show all posts

Thursday, January 22, 2009

Latihan Rumah Sukan





Latihan rumah sukan telah bermula mulai Rabu 21 January yang lepas. Latihan telah ditetapkan pada hari Rabu dan Khamis (mulai 4.00-6.00 ptg) dan semua ahli dari semua rumah diwajibkan hadir. Acara dibahagikan kepada acara balapan dan padang.
Guru terlibat bertugas juga sama-sama bersemangat melatih pelajar.

Monday, January 5, 2009

Bermula persekolahan sesi 2009



Hari ini Isnin 5 Januari 2009. Bermula sesi persekolahan 2009. Hari ini di SM Teknik Seri Manjung kami mulakan dengan perhimpunan khas. Pelajar Tingkatan 5 memenuhi dewan kerana pelajar Tingkatan 4 masih belum mendaftar. Pengetua Kanan, Pn. Siti Arfah bt Ibrahim, PPT, telah mengingatkan pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh, sentiasa menepati masa dan mendisiplinkan diri.

Waktu kedua, guru dan pelajar memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Ada pelajar yang bersemangat dan sangat aktif didalam kelas. Ye la, mungkin azam tahun baru. Lagipun tahun ni nak ambik SPM.

Semoga semangat tahun baru 2009 tidak menjadi hangat-hangat tahi ayam.



Thursday, January 1, 2009

PERMOHONAN KE SM TEKNIK 2009

Keputusan PMR 2008 telah diumumkan pada hari Selasa 30/12/2008 yang lalu. Tentu ramai pelajar di luar sana yang mempunyai keinginan untuk menyambung pelajaran ting 4 dan 5 di SM Teknik seluruh negara. Mulai tahun 2009, semua permohonan kemasukan adalah melalui on line. Kepada semua yang berminat boleh terus melayari alamat berikut :
Paparan utama




Buat pilihan sama ada untuk mohon, semak atau menukar kursus



Sebelum mengisi maklumat, terdapat info tentang syarat minimum kelayakan untuk mengambil kursus aliran Teknik, Vokasional atau Kemahiran.
Bagi aliran Teknik, calon perlu memenuhi syarat:
B - BM, Math, Science
C - Kemahiran Hidup
DAN
C untuk 3 mata pelajaran lain termasuk B.Inggeris
Bagi aliran Vokasional, calon perlu memenuhi syarat mengikut kursus yang dipohon.

Mulai tahun 2009, SM Teknik Seri Manjung hanya mengambil pelajar untuk mengikuti kursus aliran Vokasional dan Kemahiran sahaja. Kursus yang ditawarkan ialah:
Aliran Vokasional - 1. Pengaturcaraan Komputer
2. Elektrik & Elektronik
Aliran Kemahiran - 1. Juruteknik Elektrik Rendah
2. Juruteknik Rendah Elektronik Industri - Peralatan

Bagi aliran Vokasional Pengaturcaraan Komputer, calon perlu memenuhi syarat:
B - Matematik
C - BM, Science, Kemahiran Hidup
DAN
D untuk mana-mana 1 mata pelajaran lain
Bagi aliran Vokasional Elektrik dan Elektronik, calon perlu memenuhi syarat:
C - BM, Matematik, Science, Kemahiran Hidup
DAN
D untuk mana-mana 1 mata pelajaran lain
Bagi aliran Kemahiran, syarat kelayakan ialah:
Telah menduduki peperiksaan PMR 2008




Bagi yang telah membuat permohonan terdahulu boleh menukar kursus atau pilihan sekolah dengan memasukkan angka giliran dan no kad pengenalan.

Jangan lupa, tarikh tutup permohonan ialah
15 Januari 2009

Wednesday, December 3, 2008

GOOD BYE AND GOOD LUCK TO ALL STESMA'S STUDENTS - BATCH 2007/2008

Selepas selesai peperiksaan SPM, masing-masing pelajar akan meninggalkan STESMA tercinta. Pengalaman dua tahun di STESMA pasti memahatkan memori indah, suka, duka dan macam-macam lagi.

Selepas ini ada yang akan melanjutkan pelajarn luar dan dalam negeri. Pasti ada juga yg tak ndak belajar, nak terus berkerjaya.

Biar apapun yg anak-anak semua lakukan, jgn lupa tempat menimba ilmu menengah anda di STESMA. Doa dan harapan dari cikgu semoga anda semua SUKSES.

TERIMA KASIH CIKGU UCAPKAN KEPADA SEMUA PELAJAR YANG SUDI MENGHULURKAN BANTUAN TENAGA TANPA JEMU DAN TANPA APA-APA UPAHPUN...

Semoga semua WARGA STESMA terus diingati oleh anda semua. Terimalah serangkap pantun dari cikgu.

PULAU PANDAN JAUH KE TENGAH,
GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA,
HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH,
BUDI YANG BAIK DIKENANG JUA...














All photos taken frm stesmaforever, tq .

Thursday, October 23, 2008

Musim-musim peperiksaan

Bermula dari minggu lepas, pelajar-pelajar Tingkatan 4 telah menghadapi peperiksaan Akhir Tahun. Peperiksaan ini akan berakhir selepas cuti Hari Deepavali. Cikgu harap semua pelajar Tingkatan 4 dapat menjawab soalan dengan baik dan dapat keputusan yang cemerlang. Keputusan peperiksaan ini akan digunakan sebagai TOV (Take of value) - penanda aras untuk peperiksaan SPM tahun depan. So, cuba yang terbaik tau !!!!!

And for sure our form 5 students, there will be about 20 days more to go for SPM. Hopefully you are ready for it...Insya Allah...

Friday, September 19, 2008

STESMA's ex-student

Ahmad Farieth Bin A S Ahmad Tajalie

Untuk pengetahuan semua, Ahmad Farieth ini merupakan bekas pelajar STESMA batch 2000/2001. Dulu dia pelajar kelas PKE6 (guru kelas: Pn Jamilah Mohd Yusof). Selepas SPM, Farieth melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Perlis (2002 to 2003) dan meneruskan pengajian peringkat ijazah di Universiti Malaya (2003 to 2007) dalam bidang Telecommunication Engineering.

Buat masa sekarang Farieth sedang melanjutkan pelajarannya di peringkat sarjana di University of Sheffield, UK dalam bidang Data Communication Engineering.

Kenapa cikgu beria-ia ceghita tentang si Farieth ni? Sebab cikgu nak pelajar STESMA (terutama yg form 5) sedar bahawa tiada yang mustahil dalam hidup ini jika kita rajin berusaha. Farieth semasa belajar di STESMA seorang pelajar yang gigih berusaha dan dia memang rajin jumpa cikgu untuk bertanyakan tentang subjek ADD MATHS. Mungkin ramai pelajar yang 'takut' dengan ADD MATHS, tapi tidak bagi Farieth.

Cikgu nak ingatkan kepada pelajar STESMA yang akan menghadapi SPM this coming November, make sure you do your very best and get good result especially in Maths. There'll be a bonus for you if you get good result in Add Maths.

Friday, September 12, 2008

SPM Trial Examination - Mathematics 1


Ahamdulillah. Pelajar STESMA selamat menduduki peperiksaan Matematik kertas 1 hari ini. Walaupun soalannya agak mudah, namun banyak erata dari segi cetakan. Ada teks yang tak dicetak dengan betul. Ada teks yang tertinggal. Cikgu cuba betulkan walaupun tiada bekalan erata dari pihak JPP sendiri.

Monday, September 8, 2008

Peperiksaan Percubaan SPM 2008



Hari ini bermula peperiksaan percubaan SPM 2008 selaras negeri Perak. Ada 2 kertas; BM1 dan BM2. Pelajar aliran Teknik dan ICT, exam di dewan STESMA. Manakala pelajar aliran Vokasional di bilik darjah blok Form 5. Hope all STESMA's students will pass the exam with flying colours. InsyaAllah.

Wednesday, September 3, 2008

JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2008 - PERAK

Isnin - 8/9/2008- BM1,BM2
Selasa - 9/9/2008-BI2, BI1, SEJ1
Rabu - 10/9/2008-SEJ2,Ugama1/Moral
Khamis - 11/9/2008-Math2, Ugama2
Jumaat - 12/9/2008-Sains2, Math1

Isnin - 15/9/2008-Sains1,LK, Fizik3

Isnin -22/9/2008-Fizik2, Fizik1
Selasa - 23/9/2008-Kimia2, Kimia1
Rabu - 24/9/2008-Mtamb1, Kimia3
Khamis - 25/9/2008-Mtamb2

Sunday, August 31, 2008

SELAMAT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE 51


MERDEKA !! MERDEKA !!! MERDEKA !!!
Di sana sini masyarakat Malaysia merayakan sambutan hari kemerdekaan negara yang ke 51. Semoga pengisiannya selaras dengan jiwa yang patriotik demi kemakmuran dan keharmonian selamanya.
Bagi keluarga STESMA tidak lupa juga bersama meraikannya. Untuk mengetahui mengenainya boleh berkunjung ke blog Panitia Sejarah.

Wednesday, August 27, 2008

Teknik Menjawab SPM Matematik









Teknik menjawab Matematik 1449 SPM telah diadakan pada hari Rabu, 27 Ogos 2008 di Dewan STESMA. Pn. Nor Hazlin (KP Matematik) telah melaksanakan tugas tersebut untuk 2 slot - Vokasional (7.45 pagi) dan Teknik (12.30 tgh).
Nampaknya pelajar-pelajar bersedia dan agak teruja untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang. Cikgu harap pelajar dapat menggunakan masa yang ada untuk berjumpa dengan cikgu dan mendapatkan lebih tips lagi. Matematik penting tau.

Wednesday, August 20, 2008

Serupa tapi tak sama




Macam kembar tapi tak serupa. Yang sebelah kiri tu ialah Pengetua Kanan STESMA, Pn. Siti Arfah bt. Ibrahim manakala yang kat sebelah kanan tu ialah Guru Kanan Sains STESMA, Pn. Rasilah bt Ahmad. Kedua-duanya lemah lembut orangnya. Bak kata orang putih very motherly. Ramai cikgu-cikgu dan pelajar sekolah ni yang tersilap. Kalau dari jauh nampak macam Pengetua, tp dah dekat eh! Pn Rasilah rupanya.

Pn. Siti Arfah Pn. Rasilah

Saturday, August 16, 2008

HAPPY HOLIDAY


Cikgu ingin mengucapkan SELAMAT BERCUTI to all STESMA's students. Gunakan masa cuti yang ada untuk mengulangkaji pelajaran dan buat benda berfaedah.

For your information, on 21-24th of August 2008, there will be an ELIT program. Program khusus untuk pelajar yang diharapkan untuk mencapai keputusan cemerlang dalam SPM 2008. Semoga anda yang terpilih akan menggunakan peluang ini untuk menyedut ilmu dari guru anda.

Monday, August 11, 2008

SPM Trial Examination - Setara JPT


Hari ini bermula Peperiksaan Percubaan SPM bagi pelajar Ting.5. Hanya beberapa subjek yang terlibat untuk Fasa I ini.
Isnin-11/8
- B. Inggeris 1
- PKEE 1 - FOP
- PKEE 2 - Teknologi EN/EK
Selasa-12/8
- B. Inggeris 2
- Lukisan Kejuruteraan - PDT
- Lukisan Geometri EN/EK
Rabu-13/8
- B. Melayu 1
- B. Melayu 2
GOOD LUCK !! DO YOUR BEST.

Saturday, August 9, 2008

Sekitar majlis Graduasi

Lagi gambar-gambar sekitar majlis.












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...