Thursday, January 13, 2011

Petua menjadi pelajar cemerlang


Minggu ini dah masuk minggu ke~2 persekolahan...

mungkin pelajar masih lagi bersantai.. 
kerana baru memulakan persekolahan..
namun begitu apa salahnya awal-tahun kita semua beringat...
Sekadar berkongsi dengan pelajar semua..

Tidak sukar untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang. 
Berikut ialah beberapa kaedah dan teknik yang boleh dipraktikkan oleh pelajar untuk berjaya dalam pelajaran.
1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
-kita ingat 10 % apa yang dibaca
-kita ingat 20% apa yang didengar
-kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
-kita ingat 70% apa yang dicakapkan
-kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
5. Belajar dalam persekitaran yang kondusif
-pastikan cahaya adalah terang
-kurangkan gangguan bunyi
-tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
-tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
-kerusi dan meja menghadap kiblat
-jangan lupa untuk senyum
6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami dan jawab soalan.
8. Tahu teknik merangsang memori:
-memasukkan maklumat dalam memori (registration)
-menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
-mengingat kembali (recall)
-menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
9. Sentiasa awal dan mendahului:
persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
-pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
-belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
-untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
-duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
-memberikan tumpuan sepanuhnya
-menggunakan jari telunjuk untuk membaca
-menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15. Berehat sebentar setiap 20 minit mengulang kaji.
16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Walau bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
22. Tahu petua mengulang kaji
-cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
-siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
-duduk tegak dikerusi yang selesa
-baca doa penerang hati
-baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
-fikir dan ingat kembali isi utama
-catat/lakar
-semak semula ketepatan maklumat
-ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
-buat rumusan
-jawab soalan
-tampal maklumat yang rumit di dinding
-baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
-jangan makan kepala ikan
-jangan makan organ dalaman
-jangan minum semasa makan
-jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
-jangan melihat kemaluan
-jangan melihat buih
-jangan membaca nama pada batu nisan
-banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
-banyakkan makan kismis, kurma dan madu
-banyakkan makan kekacang
-pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
-jangan makan sehingga terlalu kenyang
-jangan kencing berdiri
25. Tahu kemahiran mengingat:
-tampal nota-nota penting di dinding
-tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
-gunakan kaedah akronim
-reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
-pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26. Cekap mengatur jadual belajar:
-mempunyai jadual belajar
-patuh kepada jadual
-buat jadual yang boleh diikuti
27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
39. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
32. Pelbagaikan tempat belajar.
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
-taat kepada Allah
-mendirikan sembahyang
-menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
-hormati & sayangi guru
-bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
-suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
-membantu rakan yang memerlukan
-berdoa dan bersyukur kepada Allah
-sentiasa bertawakal
-mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja.

Diadaptasi dari Dr. Fadzilah Kamsah

Tuesday, January 11, 2011

Wajib lulus sejarah dalam SPM

Kurikulum akan digubal bagi memastikan ia benar-benar memberi impak berkesan
LABIS: Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi semalam menjelaskan, keputusan mewajibkan lulus mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013 adalah muktamad.
Menurut beliau, cuma yang belum diputuskan ialah bentuk kurikulum mata pelajaran tersebut yang akan digubal dan pendekatannya bagi memastikan ia benar-benar memberi impak berkesan bagi memastikan pelajar menghayati sejarah.
“Sebenarnya, keputusan wajib lulus mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM adalah muktamad. Kita hanya menunggu hasil kajian daripada sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mengkaji kurikulum Sejarah dan buku teks Sejarah sekolah menengah.
“Jawatankuasa ini sedang membuat kajian bagi memastikan kurikulum yang baru dan bakal digubal kelak benar-benar memberi impak yang berkesan untuk melahirkan generasi yang menghayati sejarah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis ramah mesra dengan guru-guru sekolah kebangsaan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Sekolah Kebangsaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Tenang semalam.
Menurut beliau, laporan tersebut perlu diperjelaskan kerana ia boleh disalahertikan seolah-olah kementerian akan berpatah balik dalam keputusannya untuk mewajibkan mata pelajaran Sejarah kepada pelajar yang mengambil peperiksaan SPM mulai 2013.
Beliau juga berkata, jawatankuasa khas yang ditubuhkan itu dianggotai oleh pakar sejarahwan dan pensyarah universiti yang pakar dalam bidang Sejarah.
Kementerian katanya, akan memperkenalkan Sijil Peperiksaan ulangan untuk mata pelajaran Sejarah kepada pelajar yang gagal dalam peperiksaan SPM mulai tahun 2013.
Langkah itu, katanya untuk membolehkan pelajar yang gagal mata pelajaran itu mengambil peperiksaan ulangan sebagaimana mata pelajaran Matematik dan Bahasa Malaysia untuk membolehkan mereka mendapat sijil SPM.

Wednesday, January 5, 2011

Mesyuarat! Mesyuarat!

Salam sejahtera..


mesyuarat guru pertama
31/12/2010
Sabtu,



mesyuarat pengambilan pelajar tingkatan 4
5/1/2011
rabu..





Sunday, January 2, 2011

6/1/2011 Pelajar Baru Mendaftar

Pelajar tingkatan 4 sesi 2011/2012
yang memohon ke SM Vokasional Seri manjung
akan mendaftar pada


6 JANUARI 2011
KHAMIS


KEPADA yang masih belum mendapat surat tawaran, boleh menelefon terus ke sekolah yang dipohon..

SELAMAT DATANG SEMUA PELAJAR BARU...


Pendaftaran Pelajar Tingkatan 5 2011

Hari ini semua 291 pelajar tingkatan 5 mendaftarkan diri di SM Vokasional Seri Manjung (SMVSM) bagi memulakan sesi persekolahan tahun 2011.

Seawal pagi, 8.00 am.. ibu bapa hadir bersama anak masing-masing. Urusan pendaftaran termasuk bayaran yuran sekolah, yuran PIBG, yuran asrama (bagi yang tinggal di asrama).

Ibu bapa juga diberi taklimat oleh Pengetua SMVSM, Pn. Hajah Intan Suhana bt. Kamaruddin..
Selesai taklimat, ibu bapa terus menghantar anak masing-masing ke asrama...

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH..
TAHUN NI SPM...
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...