Tuesday, October 28, 2008

Lagi.. tips menghadapi peperiksaan

1. Jangan panik
Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan berasa panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.


2. Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat
Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.


3. Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.


4. Banyakkan pembelajaran secara output learning
Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.


5. Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi
Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah.


6. Nota ringkas
Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.


7. Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya
Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas. Jaga kesihatan diri kerana jika badan tak sihat, macam mana nak belajar atau mengingati pelajaran dengan baik?


8. Pemakanan berkhasiat dan seimbang
Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan. Elakkan dari memakan makanan masam dan yang telah dicemari semut kerana ia mampu menumpulkan ingatan. Cuba mengambil 21 biji kismis setiap pagi berserta selawat ke atas nabi sebelum memakannnya. Kalau boleh, gantikan gula dengan madu dalam minuman dan makanan.


9. Kawal emosi
Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.


10. Banyakkan berdoa dan bersolat
Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, anda perlu memper banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.

Thursday, October 23, 2008

Musim-musim peperiksaan

Bermula dari minggu lepas, pelajar-pelajar Tingkatan 4 telah menghadapi peperiksaan Akhir Tahun. Peperiksaan ini akan berakhir selepas cuti Hari Deepavali. Cikgu harap semua pelajar Tingkatan 4 dapat menjawab soalan dengan baik dan dapat keputusan yang cemerlang. Keputusan peperiksaan ini akan digunakan sebagai TOV (Take of value) - penanda aras untuk peperiksaan SPM tahun depan. So, cuba yang terbaik tau !!!!!

And for sure our form 5 students, there will be about 20 days more to go for SPM. Hopefully you are ready for it...Insya Allah...

Friday, October 17, 2008

Happy Birthday

Selamat Hari Lahir untuk cikgu Matematik yg lahir Ogos, September dan Oktober. Semoga bertambah usia seiring dengan dedikasi kepada tugas...

Pn. Norsihan Mohd Yusof (1 Ogos)

Pn Anizam Jusoh (24 Ogos)


En. Jalaluddin (15 Oktober)

***En. Shahidan's (19 Ogos)

Picture Source: Stesma Forever.

Thursday, October 16, 2008

EAT FRUITS







We all love fruits. And there is a good news for the fruit lovers. Now the scientists have proved that the fiber content in the fruits is helping to avoid the cancer. This fiber act as a resistant to the GAL3, that is responsible for causing the cancer disease.








So, to all STESMA's students... consume more fruits to avoid the cancer. Have a healthy life.

Sunday, October 12, 2008

EXAM..EXAM...!!!


Nampaknya demam peperiksaan sekali lagi melanda pelajar-pelajar STESMA...Hari ni cikgu nak berkongsi sedikit tips yg mungkin boleh digunapakai sebagai persediaan di saat-saat akhir menjelang peperiksaan SPM dan Final Exam bg F4...
MINGGU-MINGGU TERAKHIR...
Ulangkaji berterusan secara ind @ berkumpulan, discussion..(bagi yg pandai, jgn kedekut ilmu ye...)
Jaga kesihatan diri : riadah,makanan seimbang, tidur yg cukup, emosi yg stabil..
Memotivasikan diri utk berjaya dgn cemerlang.
Banyakkan berdoa dan bersolat hajat...

SEHARI SEBELUM PEPERIKSAAN...
Bertenang (emosi yg. stabil)
Lihat nota2 yg telah anda buat..
Tandakan jadual peperiksaan..(jgn salah hari)
pastikan kad pengenalan, slip peperiksaan dan alatulis (...kalkulator) yg diperlukan lengkap...
berdoa banyak2
dapatkan sokongan moral dr keluarga..
persiapkan mental anda untuk berjuang di dewan peperiksaan!!
pastikan tidur yg cukup..(nanti mengantuk tgh jawab exam...)

HARI PEPERIKSAAN,..
bangun awal pagi
solat - berdoa
sarapan yg. seimbang
pastikan maklumat peperiksaan lengkap
datang awal ke dewan peperiksaan
tiada lagi perbincangan tentang pelajaran
doa-mohon ketenangan dan kejayaan
masuk ke dewan dengan tenang
peristiwa luar jangka : simpan no. telefon ..(sekolah..guru..su peperiksaan)

DALAM DEWAN PEPERIKSAAN..
Tenangkan diri dan yakin dengan kebolehan anda untuk menjawab dengan baik..
dengar arahan pengawas peperiksaan dengan teliti
baca semua soalan berhati-hati dan teliti
jawab soalan yg senang dahulu
catat idea pd kertas soalan (bg karangan @esei)
sentiasa semak baki masa yg ada..
jika tertekan ....banyakkan istighfar,tarik nafas, bertenang...
jangan tidur...(nanti anda akan kelam kabut tak cukup masa!!)

SO, SELAMAT BERJAYA UNTUK SEMUA...

"Jangan malas mengulangkaji, sebab lancarnya kajian kerana di ulangkaji. Lupa adalah penyakit yang berbahaya bagi ilmu pengetahuan.." -HAMKA-

Friday, October 10, 2008

TO ALL STUDENTS OF FORM 5 EK & EN



All students of Form 5 Electric and Electronic

will sit for the practical examination

next Monday.

GOOD LUCK.


Thursday, October 9, 2008

BANYAKNYA !!!!!!!!! APA TU????????




Oooooooo..... banyaknya . Apa tu???? Selepas selesai menghadapi peperiksaan percubaan SPM, kini tiba pula masanya melayan soalan-soalan trial exam from other state. Hari ni baru cikgu sempat ambil dr kedai fotostat. Esok boleh edarkan pd all students. Lepas beraya sakan, I hope my students will be ready to do all the questions. Ada soalan negeri Melaka, Terengganu, Sabah dan SBP. Ada jugak cikgu printkan soalan SPM ulangan June 2008.


So. Apa lagi.... SELAMAT MENCUBA JAWAB SOALAN-SOALAN TERSEBUT.. And make sure Maths dapat A1. InsyaAllah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...