Monday, January 5, 2009

Bermula persekolahan sesi 2009



Hari ini Isnin 5 Januari 2009. Bermula sesi persekolahan 2009. Hari ini di SM Teknik Seri Manjung kami mulakan dengan perhimpunan khas. Pelajar Tingkatan 5 memenuhi dewan kerana pelajar Tingkatan 4 masih belum mendaftar. Pengetua Kanan, Pn. Siti Arfah bt Ibrahim, PPT, telah mengingatkan pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh, sentiasa menepati masa dan mendisiplinkan diri.

Waktu kedua, guru dan pelajar memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Ada pelajar yang bersemangat dan sangat aktif didalam kelas. Ye la, mungkin azam tahun baru. Lagipun tahun ni nak ambik SPM.

Semoga semangat tahun baru 2009 tidak menjadi hangat-hangat tahi ayam.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...