Friday, September 26, 2008



To all viewers, I wish u "SELAMAT HARI RAYA"

Tuesday, September 23, 2008

Masih dalam mood peperiksaan

Pelajar-pelajar form 5 teknik masih belum selesai menjalani peperiksaan percubaan SPM.
Hari ini subjek Kimia dan esok Add maths.
Lepas tu, horey... boleh balik kg dan sambut raya bersama keluarga.
Apa yang diharapkan pelajar STESMA yang nak ambil exam SPM, jangan suka sangat.
Orang tua selalu sebut; "suka-suka akibatnya duka"...
Kepada pelajar 5 vokasional, walaupun dah habis trial, sekarang bukan masa untuk bersuka ria.
Gunakan masa yang ada untuk mengulangkaji pelajaran dan baiki kesilapan yang dilakukan semasa trial baru-baru ni....
So, to all students of STESMA...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
CIKGU MINTA MAAF ZAHIR BATIN
&
KAD RAYA CIKGU AKAN MENYUSUL... tunggu!!!!

Friday, September 19, 2008

STESMA's ex-student

Ahmad Farieth Bin A S Ahmad Tajalie

Untuk pengetahuan semua, Ahmad Farieth ini merupakan bekas pelajar STESMA batch 2000/2001. Dulu dia pelajar kelas PKE6 (guru kelas: Pn Jamilah Mohd Yusof). Selepas SPM, Farieth melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Perlis (2002 to 2003) dan meneruskan pengajian peringkat ijazah di Universiti Malaya (2003 to 2007) dalam bidang Telecommunication Engineering.

Buat masa sekarang Farieth sedang melanjutkan pelajarannya di peringkat sarjana di University of Sheffield, UK dalam bidang Data Communication Engineering.

Kenapa cikgu beria-ia ceghita tentang si Farieth ni? Sebab cikgu nak pelajar STESMA (terutama yg form 5) sedar bahawa tiada yang mustahil dalam hidup ini jika kita rajin berusaha. Farieth semasa belajar di STESMA seorang pelajar yang gigih berusaha dan dia memang rajin jumpa cikgu untuk bertanyakan tentang subjek ADD MATHS. Mungkin ramai pelajar yang 'takut' dengan ADD MATHS, tapi tidak bagi Farieth.

Cikgu nak ingatkan kepada pelajar STESMA yang akan menghadapi SPM this coming November, make sure you do your very best and get good result especially in Maths. There'll be a bonus for you if you get good result in Add Maths.

Tuesday, September 16, 2008

Hari ini dalam Sejarah - Hari MALAYSIA

HARI ini 16 September, adalah tarikh penting bagi negara kita kerana ulang tahun penubuhan Malaysia yang ke-45. Peristiwa ini amat bermakna bagi negara yang menyambut ulang tahun kemerdekaan negara ke-51 pada 31 Ogos lalu.

Bagi kebanyakan orang, 16 September mungkin tidak memberi sebarang makna berbanding 31 Ogos sebagai Hari Kemerdekaan. Tarikh 16 September pula bukanlah hari cuti umum seperti Hari Kebangsaan, maka tidak hairanlah Hari Kebangsaan lebih diingati daripada Hari Malaysia.
Malaysia pula ditubuhkan pada 16 September 1963 dengan gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Hari itu juga adalah hari perisytiharan kemerdekaan Sabah dan Sarawak.
Selepas 51 tahun merdeka dan 45 tahun Malaysia dilahirkan, apakah peranan kita sebagai rakyatnya bagi menjamin kemajuan, keutuhan dan kegemilangannya? Sama-samalah kita fikirkan demi martabat waris kita di kemudian hari...

Monday, September 15, 2008

USIK-USIK

Guru-guru PPSMI

Utusan Malaysia : 03/09/2008
Ramai guru Sains, Matematik lemah bahasa Inggeris
BESUT 2 Sept. - Guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik diminta meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka dengan memanfaatkan sepenuhnya pemberian Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) untuk tujuan itu.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, imbuhan yang mereka terima sepatutnya digunakan untuk membeli buku atau menghadiri kelas tuisyen bahasa Inggeris bagi mempertingkatkan penguasaan bahasa itu.
''Ramai guru Sains dan Matematik dikesan menggunakan wang itu untuk tujuan lain menyebabkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan mereka masih di takuk lama,'' katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan pengetua dan guru besar serta guru penolong kanan sekolah daerah Besut di sini hari ini.
Razali berkata, sejak Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan, kerajaan telah membayar BISP kepada guru Sains dan Matematik berdasarkan kelulusan iaitu lima peratus tambahan daripada gaji untuk guru berkelulusan ijazah manakala 10 peratus pula untuk mereka yang berkelulusan diploma.
Beliau tidak menafikan PPSMI menghadapi sedikit masalah yang berpunca daripada kelemahan guru dalam menguasai kemahiran bahasa Inggeris untuk mengajar subjek itu.
Razali berkata, setakat ini kerajaan telah membelanjakan hampir RM5 bilion untuk program itu.

Rencana ini dipetik dari Bernama dan Math_teacher pasti ramai juga cikgu-cikgu Sains dan Matematik yang tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Razali Ismail itu. Ada cikgu yang bersemangat untuk mengajar Sains Matematik dalam bahasa Inggeris dengan hadir kelas tuisyen (di luar waktu kerja), membeli buku dan bahan rujukan yang lain. Kat bilik guru juga mereka berusaha untuk bercakap dalam bahasa Inggeris. Tahniah cikgu.

Friday, September 12, 2008

SPM Trial Examination - Mathematics 1


Ahamdulillah. Pelajar STESMA selamat menduduki peperiksaan Matematik kertas 1 hari ini. Walaupun soalannya agak mudah, namun banyak erata dari segi cetakan. Ada teks yang tak dicetak dengan betul. Ada teks yang tertinggal. Cikgu cuba betulkan walaupun tiada bekalan erata dari pihak JPP sendiri.

Thursday, September 11, 2008

SPM Trial Examination - Mathematics Paper 2




Today is the 4th day of SPM Trial Examination. The students sit for their Mathematics Paper 2 for two and a half hour. Most of them are concentrate doing their examination. Tomorrow will be Mathematics Paper 1. I hope they will get A for Mathematics paper. InsyaAllah.

Monday, September 8, 2008

Peperiksaan Percubaan SPM 2008



Hari ini bermula peperiksaan percubaan SPM 2008 selaras negeri Perak. Ada 2 kertas; BM1 dan BM2. Pelajar aliran Teknik dan ICT, exam di dewan STESMA. Manakala pelajar aliran Vokasional di bilik darjah blok Form 5. Hope all STESMA's students will pass the exam with flying colours. InsyaAllah.

Friday, September 5, 2008

Nice Picture

How many pillars are there?

Thursday, September 4, 2008

How to solve Simultaneous Linear Equation

Solving Simultaneous Linear Equation is one of the topic to be asked in Mathematics SPM Examinations. Many of the students don't know how to solve it. Actually they've been learned this topic in form 3.

Below is an example:

Make the coefficient of g the same in both equations by multiplying equation 1 by 4.

The terms in g can be eliminated by subtracting the equations


Substitute the value of h into any equation (I choose equation 1)

Wednesday, September 3, 2008

JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2008 - PERAK

Isnin - 8/9/2008- BM1,BM2
Selasa - 9/9/2008-BI2, BI1, SEJ1
Rabu - 10/9/2008-SEJ2,Ugama1/Moral
Khamis - 11/9/2008-Math2, Ugama2
Jumaat - 12/9/2008-Sains2, Math1

Isnin - 15/9/2008-Sains1,LK, Fizik3

Isnin -22/9/2008-Fizik2, Fizik1
Selasa - 23/9/2008-Kimia2, Kimia1
Rabu - 24/9/2008-Mtamb1, Kimia3
Khamis - 25/9/2008-Mtamb2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...