Thursday, January 1, 2009

PERMOHONAN KE SM TEKNIK 2009

Keputusan PMR 2008 telah diumumkan pada hari Selasa 30/12/2008 yang lalu. Tentu ramai pelajar di luar sana yang mempunyai keinginan untuk menyambung pelajaran ting 4 dan 5 di SM Teknik seluruh negara. Mulai tahun 2009, semua permohonan kemasukan adalah melalui on line. Kepada semua yang berminat boleh terus melayari alamat berikut :
Paparan utama




Buat pilihan sama ada untuk mohon, semak atau menukar kursus



Sebelum mengisi maklumat, terdapat info tentang syarat minimum kelayakan untuk mengambil kursus aliran Teknik, Vokasional atau Kemahiran.
Bagi aliran Teknik, calon perlu memenuhi syarat:
B - BM, Math, Science
C - Kemahiran Hidup
DAN
C untuk 3 mata pelajaran lain termasuk B.Inggeris
Bagi aliran Vokasional, calon perlu memenuhi syarat mengikut kursus yang dipohon.

Mulai tahun 2009, SM Teknik Seri Manjung hanya mengambil pelajar untuk mengikuti kursus aliran Vokasional dan Kemahiran sahaja. Kursus yang ditawarkan ialah:
Aliran Vokasional - 1. Pengaturcaraan Komputer
2. Elektrik & Elektronik
Aliran Kemahiran - 1. Juruteknik Elektrik Rendah
2. Juruteknik Rendah Elektronik Industri - Peralatan

Bagi aliran Vokasional Pengaturcaraan Komputer, calon perlu memenuhi syarat:
B - Matematik
C - BM, Science, Kemahiran Hidup
DAN
D untuk mana-mana 1 mata pelajaran lain
Bagi aliran Vokasional Elektrik dan Elektronik, calon perlu memenuhi syarat:
C - BM, Matematik, Science, Kemahiran Hidup
DAN
D untuk mana-mana 1 mata pelajaran lain
Bagi aliran Kemahiran, syarat kelayakan ialah:
Telah menduduki peperiksaan PMR 2008




Bagi yang telah membuat permohonan terdahulu boleh menukar kursus atau pilihan sekolah dengan memasukkan angka giliran dan no kad pengenalan.

Jangan lupa, tarikh tutup permohonan ialah
15 Januari 2009

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...