Monday, November 3, 2014

PROGRAM YANG DITAWARKAN DI KOLEJ VOKASIONAL SERI MANJUNG

Salam Sejahtera..

Ada dua program yang ditawarkan di Kolej Vokasional Seri Manjung [KVSM]

1. DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA ( TEKNOLOGI ELEKTRIK)
Program ini menyediakan murid kepada sistem kuasa, arus (DC & AC) , penyelenggaraan, pemasangan dan menguji elektrik domestik
dan industri, kawalan motor, sengaraan kejuruteraan, melukis dan mentafsir litar serta memahami akta elektrikal dan peraturan pemasangan yang ditetapkan.


2. DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA ( TEKNOLOGI ELEKTRONIK)
Program ini memberi penekanan kepada mentafsir dan mengenalpasti simbol, komponen dan lukisan skematik, memahami, menguji dan mengira litar, prinsip kejuruteraan elektronik, pemasangan dan penyelenggaraan system audio dan video, digital, elektronik kuasa, sistem kawalan, sistem komunikasi dan industri robotic.

Permohonan Kemasukan Murid ke Program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2015

Salam sejahtera semua,


Kepada semua calon PT3 2014 yang berminat menyambung pelajaran di Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik dipelawa memohon secara on-line.

Boleh klik link ini


 Permohonan adalah mulai 3 hb November 2014
hingga
14 hb Disember 2014

Boleh log-in guna
1. nombor my_kad
2. angka giliran PT3

Semua info ada di sana..
Selamat memohon..
 




Tuesday, October 28, 2014

Persiapan KVSM sempena lawatan MQA

Salam sejahtera semua,


Semua warga KVSM sedang bersedia untuk menerima lawatan dari MQA [Malaysian Qualification Agency] pada hari Rabu, 29/10/2014.
All the best to all.

Sunday, October 26, 2014

Modul Matematik: Bentuk Piawai

Salam sejahtera semua,

Berikut ialah modul 1 Bentuk Piawai bagi kursus Sains dan Matematik Bersepadu untuk Aplikasi Vokasional.
Modul ini sesuai untuk pelajarSemester 1, Tahun 1 Diploma Vokasional Malaysia, Kolej Vokasional.





Semoga bermanafaat..




Thursday, October 9, 2014

Minggu-minggu peperiksaan Pelajar Semester 2 Diploma Vokasional Malaysia

Salam sejahtera semua,

Bermula 29 September 2014 lagi telah berlangsung minggu peperiksaan Pelajar Semester 2 Diploma Vokasional Malaysia.
Peperiksaan bertulis.
Peperiksaan Lisan Bahasa Arab dan Bahasa Cina.
Peperiksaan Amali Elektrik dan Elektronik.
InsyaAllah akan berakhir pada 17 Oktober 2014.


Tuesday, September 30, 2014

Soalan Latihan PA Matematik untuk pelajar sem2 DVM

Salam sejahtera semua..

soalan latihan untuk Penilaian Akhir Matematik untuk pelajar sem2 DVM. Kiranya untuk pelajar rintis Kolej Vokasional yang akan exam esok..

macam apa je kan..
dah dekat exam baru nak share..
opppsss... bukan soalan bocor tau..





ok.. selamat mengulangkaji..

Monday, September 8, 2014

Jawapan Kuiz Matriks Semester 2 Diploma KV

Salam sejahtera semua

Selamat mengulangkaji







Kuiz Matriks Semester 2 Diploma KV

Salam sejahtera 

Sharing is caring
ini ialah antara soalan untuk kuiz Matriks.
simple saja.


Selamat mengulangkaji

Jawapan Tutorial Matriks Semester 2 Diploma KV

Salam sejahtera

Dah terlupa pulak nak upload jawapan kepada soalan Tutorial Matriks hari tu.
Sorry lah ye..





Selamat mengulangkaji..  

Tuesday, July 1, 2014

Tutorial Matriks Semester 2 Diploma KV

Sharing is caring..

Jawapannya akan menyusul kemudian..



Wednesday, May 7, 2014

Soalan Matematik untuk Teknologi Penilaian Akhir Semester 3

Contoh soalan ulangkaji sebagai persediaan Penilaian Akhir KV.
Semoga dapat dikongsi bersama..


Soalan latihan Penilaian Akhir Matematik untuk Vokasional Semester 5


Soalan Latihan untuk pelajar Diploma Vokasional
Kod Kursus ETE505/ETN505



Selamat mencuba

Friday, April 25, 2014

Modul Matematik Tahun 1 KV




Modul Matematik Tahun 1 Kolej Vokasional bagi semester 1 dan semester 2.
Pelajar akan ditaksir mengikut 
30% pentaksiran berterusan (PB) 
dan 
70% penilaian akhir (PA)

Tuesday, April 22, 2014

Matematik untuk Teknologi Kolej Vokasional





Subjek Matematik untuk Vokasional ini adalah salah satu daripada subjek akademik yang wajib bagi pelajar Tahun 2 (Semester 3 dan Semester 4)

Peperiksaan Ulangan Matematik untuk Teknologi Semester 4


Peperiksaan Ulangan bagi subjek Matematik untuk Teknologi Semester 4 telah diadakan pagi tadi jam 8:00 hingga 09:30 pagi.
Seramai 85 orang pelajar Semester 5 mengambil peperiksaan ini. Jumlah ini menandakan hampir 30% pelajar Tahun 3 yang yang mengulang.
Nampaknya pelajar ini kena dibanyakkan aktviti latih tubi bagi memantapkan asas Matematik mereka..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...