Tuesday, September 16, 2008

Hari ini dalam Sejarah - Hari MALAYSIA

HARI ini 16 September, adalah tarikh penting bagi negara kita kerana ulang tahun penubuhan Malaysia yang ke-45. Peristiwa ini amat bermakna bagi negara yang menyambut ulang tahun kemerdekaan negara ke-51 pada 31 Ogos lalu.

Bagi kebanyakan orang, 16 September mungkin tidak memberi sebarang makna berbanding 31 Ogos sebagai Hari Kemerdekaan. Tarikh 16 September pula bukanlah hari cuti umum seperti Hari Kebangsaan, maka tidak hairanlah Hari Kebangsaan lebih diingati daripada Hari Malaysia.
Malaysia pula ditubuhkan pada 16 September 1963 dengan gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Hari itu juga adalah hari perisytiharan kemerdekaan Sabah dan Sarawak.
Selepas 51 tahun merdeka dan 45 tahun Malaysia dilahirkan, apakah peranan kita sebagai rakyatnya bagi menjamin kemajuan, keutuhan dan kegemilangannya? Sama-samalah kita fikirkan demi martabat waris kita di kemudian hari...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...