Monday, September 15, 2008

Guru-guru PPSMI

Utusan Malaysia : 03/09/2008
Ramai guru Sains, Matematik lemah bahasa Inggeris
BESUT 2 Sept. - Guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik diminta meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka dengan memanfaatkan sepenuhnya pemberian Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) untuk tujuan itu.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, imbuhan yang mereka terima sepatutnya digunakan untuk membeli buku atau menghadiri kelas tuisyen bahasa Inggeris bagi mempertingkatkan penguasaan bahasa itu.
''Ramai guru Sains dan Matematik dikesan menggunakan wang itu untuk tujuan lain menyebabkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan mereka masih di takuk lama,'' katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan pengetua dan guru besar serta guru penolong kanan sekolah daerah Besut di sini hari ini.
Razali berkata, sejak Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan, kerajaan telah membayar BISP kepada guru Sains dan Matematik berdasarkan kelulusan iaitu lima peratus tambahan daripada gaji untuk guru berkelulusan ijazah manakala 10 peratus pula untuk mereka yang berkelulusan diploma.
Beliau tidak menafikan PPSMI menghadapi sedikit masalah yang berpunca daripada kelemahan guru dalam menguasai kemahiran bahasa Inggeris untuk mengajar subjek itu.
Razali berkata, setakat ini kerajaan telah membelanjakan hampir RM5 bilion untuk program itu.

Rencana ini dipetik dari Bernama dan Math_teacher pasti ramai juga cikgu-cikgu Sains dan Matematik yang tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Razali Ismail itu. Ada cikgu yang bersemangat untuk mengajar Sains Matematik dalam bahasa Inggeris dengan hadir kelas tuisyen (di luar waktu kerja), membeli buku dan bahan rujukan yang lain. Kat bilik guru juga mereka berusaha untuk bercakap dalam bahasa Inggeris. Tahniah cikgu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...