Sunday, October 12, 2008

EXAM..EXAM...!!!


Nampaknya demam peperiksaan sekali lagi melanda pelajar-pelajar STESMA...Hari ni cikgu nak berkongsi sedikit tips yg mungkin boleh digunapakai sebagai persediaan di saat-saat akhir menjelang peperiksaan SPM dan Final Exam bg F4...
MINGGU-MINGGU TERAKHIR...
Ulangkaji berterusan secara ind @ berkumpulan, discussion..(bagi yg pandai, jgn kedekut ilmu ye...)
Jaga kesihatan diri : riadah,makanan seimbang, tidur yg cukup, emosi yg stabil..
Memotivasikan diri utk berjaya dgn cemerlang.
Banyakkan berdoa dan bersolat hajat...

SEHARI SEBELUM PEPERIKSAAN...
Bertenang (emosi yg. stabil)
Lihat nota2 yg telah anda buat..
Tandakan jadual peperiksaan..(jgn salah hari)
pastikan kad pengenalan, slip peperiksaan dan alatulis (...kalkulator) yg diperlukan lengkap...
berdoa banyak2
dapatkan sokongan moral dr keluarga..
persiapkan mental anda untuk berjuang di dewan peperiksaan!!
pastikan tidur yg cukup..(nanti mengantuk tgh jawab exam...)

HARI PEPERIKSAAN,..
bangun awal pagi
solat - berdoa
sarapan yg. seimbang
pastikan maklumat peperiksaan lengkap
datang awal ke dewan peperiksaan
tiada lagi perbincangan tentang pelajaran
doa-mohon ketenangan dan kejayaan
masuk ke dewan dengan tenang
peristiwa luar jangka : simpan no. telefon ..(sekolah..guru..su peperiksaan)

DALAM DEWAN PEPERIKSAAN..
Tenangkan diri dan yakin dengan kebolehan anda untuk menjawab dengan baik..
dengar arahan pengawas peperiksaan dengan teliti
baca semua soalan berhati-hati dan teliti
jawab soalan yg senang dahulu
catat idea pd kertas soalan (bg karangan @esei)
sentiasa semak baki masa yg ada..
jika tertekan ....banyakkan istighfar,tarik nafas, bertenang...
jangan tidur...(nanti anda akan kelam kabut tak cukup masa!!)

SO, SELAMAT BERJAYA UNTUK SEMUA...

"Jangan malas mengulangkaji, sebab lancarnya kajian kerana di ulangkaji. Lupa adalah penyakit yang berbahaya bagi ilmu pengetahuan.." -HAMKA-

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...