Sunday, November 30, 2008

Manafaatkan cuti sekolah dengan sebaiknya

Cuti sekolah dah lebih 2 minggu berlalu. Apa agaknya yang anak murid cikgu buat
selama bercuti ni? Sebenarnya banyak perkara yang boleh dilakukan sepanjang cuti akhir tahun ni. Setakat hari ini ada sebulan lagi cuti yang ada.
Kepada pelajar form 4 tahun depan 2009 naik form 5. Masing-masing akan menghadapi SPM pada hujung tahun.
Kepada pelajar yang pandai mengurus masa, pasti telah bersedia sedikit demi sedikit mengulangkaji pelajaran. Kepada yang mampu mungkin boleh ke kelas tambahan atau menghadiri mana-mana seminar atau program sempena cuti sekolah yang dianjurkan oleh pihak swasta.
Mungkin juga ada ibu bapa yang menghantar pelajar mengaji di sekolah pondok. Sekurang-kurangnya penuh juga ilmu di dada dengan ilmu agama.

Pelajar juga boleh menghabiskan masa cuti ini dengan melakukan aktiviti sukan seperti berbasikal, mendaki gunung, jungle tracking dan sebagainya.
Walau apapun yang dilakukan sepanjang cuti ini biarlah yg mendatangkan kebaikan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...