Saturday, January 24, 2009

Hari Profesional Sekolah

JK Unit Latihan dan Kemajuan Staf SMTSM telah mengadakan Kursus Perkembangan Staf pada pagi tadi. Pihak sekolah telah menjemput Tn. Hj. Mohd Isha b. Dan, Pegawai Jemaah Nazir Negeri Perak.

Kursus yang diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang ciri-ciri sekolah cemerlang mengikut perspektif penaziran. Banyak manafaat yang kami terima dan boleh menaikkan semangat guru-guru untuk sama-sama menggembeling tenaga ke arah mencapai Sekolah Cemerlang. InsyaAllah.....


Tn. Hj. Mohd Isha b. Dan





Penceramah bersama Pengetua Kanan, Pn Siti Arfah Ibrahim




Ceria selepas menjamu selera dengan capati, Presiden KGKT belanja... tq..


Antara guru-guru yang komited.

Kursus berakhir jam 1.00 tengahari selepas bacaan sajak oleh tuan penceramah.

Thursday, January 22, 2009

Latihan Rumah Sukan





Latihan rumah sukan telah bermula mulai Rabu 21 January yang lepas. Latihan telah ditetapkan pada hari Rabu dan Khamis (mulai 4.00-6.00 ptg) dan semua ahli dari semua rumah diwajibkan hadir. Acara dibahagikan kepada acara balapan dan padang.
Guru terlibat bertugas juga sama-sama bersemangat melatih pelajar.

Wednesday, January 21, 2009

Temporary Teacher

Cik Nurul Shazlin (left) and Cik Norhafiza


Since Puan Anizam is on maternity leave, there is a need for someone to take over her classes and so a temporary teacher, Cik Norhafiza bt Nordin, has been hired for the purpose. Cik Norhafiza will be taking over the Mathematics classes taught by Puan Anizam. For your information, she graduated with a degree in Public Management from Universiti Utara Malaysia .

Tuesday, January 20, 2009

Program memperingati Palestin




Satu program telah diadakan di STESMA pada Sabtu 17 Januari 2009 bagi memperingati warga Palestin di Gaza yang diserang oleh Yahudi. Program berlangsung selepas selesai sesi pengajaran dan pembelajaran (Sekolah ganti utk cuti Tahun Baru Cina).
En Raai Yusop telah dijemput untuk memberi ceramah yang bertajuk Perkongsian Maklumat dan Perbincangan Tentang Tragedi Gaza dan Umat Islam.
Pada hari itu juga dilancarkan tabung untuk rakyat Palestin oleh Pengetua Kanan, Pn. Siti Arfah bt Ibrahim.

Maklumat lanjut boleh klik sini dan sini

PRACTICUM TEACHERS FROM UPSI

Panitia Matematik SM Teknik Seri Manjung telah menerima dua orang pelatih dari UPSI. Yang berbaju biru ialah Cik Nurul Shazlin bt Mohd Nazir dan yg baju pink ialah Cik Siti Khadijah bt Suid.
They will be teaching Mathematics until April 2009.

Happy teaching..

Thursday, January 8, 2009

Mesyuarat Bidang Sains Matematik 2009

Mesyuarat membincangkan mengenai perancangan aktiviti sepanjang tahun 2009. TOV dan target SPM 2009 bagi semua mata pelajaran bidang Sains dan Matematik juga dibincangkan.

InsyaAllah bilangan guru bidang ini mencukupi mengikut bilangan pelajar. Harapan Pengetua Kanan semoga semua guru bekerja lebih kuat untuk mencapai target yang ditetapkan.

PROGRAM ORIENTASI SEMULA TING 5

Program ini singkatannya POST 5. Dilaksanakan selama dua hari setiap tahun khusus untuk refresh kembali pelajar dengan iklim persekolahan. Maklum saja tingkatan 5 ialah tahun untuk peperiksaan SPM. Maka diharap dengan POST 5 dapat membantu pelajar bersedia awal dari segi mental dan fizikal.

Pengisian program yang diadakan selama dua hari ini ialah slot ceramah berkaitan akademik oleh PK, disiplin oleh PKHem, kokurikulum oleh PKkoko dan sesi motivasi oleh pakar motivasi dan guru kaunseling.

Monday, January 5, 2009

Bermula persekolahan sesi 2009



Hari ini Isnin 5 Januari 2009. Bermula sesi persekolahan 2009. Hari ini di SM Teknik Seri Manjung kami mulakan dengan perhimpunan khas. Pelajar Tingkatan 5 memenuhi dewan kerana pelajar Tingkatan 4 masih belum mendaftar. Pengetua Kanan, Pn. Siti Arfah bt Ibrahim, PPT, telah mengingatkan pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh, sentiasa menepati masa dan mendisiplinkan diri.

Waktu kedua, guru dan pelajar memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Ada pelajar yang bersemangat dan sangat aktif didalam kelas. Ye la, mungkin azam tahun baru. Lagipun tahun ni nak ambik SPM.

Semoga semangat tahun baru 2009 tidak menjadi hangat-hangat tahi ayam.



Thursday, January 1, 2009

PERMOHONAN KE SM TEKNIK 2009

Keputusan PMR 2008 telah diumumkan pada hari Selasa 30/12/2008 yang lalu. Tentu ramai pelajar di luar sana yang mempunyai keinginan untuk menyambung pelajaran ting 4 dan 5 di SM Teknik seluruh negara. Mulai tahun 2009, semua permohonan kemasukan adalah melalui on line. Kepada semua yang berminat boleh terus melayari alamat berikut :
Paparan utama




Buat pilihan sama ada untuk mohon, semak atau menukar kursus



Sebelum mengisi maklumat, terdapat info tentang syarat minimum kelayakan untuk mengambil kursus aliran Teknik, Vokasional atau Kemahiran.
Bagi aliran Teknik, calon perlu memenuhi syarat:
B - BM, Math, Science
C - Kemahiran Hidup
DAN
C untuk 3 mata pelajaran lain termasuk B.Inggeris
Bagi aliran Vokasional, calon perlu memenuhi syarat mengikut kursus yang dipohon.

Mulai tahun 2009, SM Teknik Seri Manjung hanya mengambil pelajar untuk mengikuti kursus aliran Vokasional dan Kemahiran sahaja. Kursus yang ditawarkan ialah:
Aliran Vokasional - 1. Pengaturcaraan Komputer
2. Elektrik & Elektronik
Aliran Kemahiran - 1. Juruteknik Elektrik Rendah
2. Juruteknik Rendah Elektronik Industri - Peralatan

Bagi aliran Vokasional Pengaturcaraan Komputer, calon perlu memenuhi syarat:
B - Matematik
C - BM, Science, Kemahiran Hidup
DAN
D untuk mana-mana 1 mata pelajaran lain
Bagi aliran Vokasional Elektrik dan Elektronik, calon perlu memenuhi syarat:
C - BM, Matematik, Science, Kemahiran Hidup
DAN
D untuk mana-mana 1 mata pelajaran lain
Bagi aliran Kemahiran, syarat kelayakan ialah:
Telah menduduki peperiksaan PMR 2008




Bagi yang telah membuat permohonan terdahulu boleh menukar kursus atau pilihan sekolah dengan memasukkan angka giliran dan no kad pengenalan.

Jangan lupa, tarikh tutup permohonan ialah
15 Januari 2009

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...